Showing posts with label review novel. Show all posts
Showing posts with label review novel. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

Hikayat Cinta

Dah lama rasanya tak update blog nie.actually aku nie budak baru blaja..hehhehe..so lambat sikit nak beramah mesra dengan blog nie..terpaksa minta kawan2 atau kat adek aku yg blajar kat politeknik..itu pun kalu dia balik cuti..sbb mai lepak umah aku..ok ler..hari nie aku nak review sikit novel ni..novel nie termasuk dlm senarai novel yang paling aku suka..cinta..jatuh cinta..hahahhaa..blh gitu.novel masuk dalm senarai novel favourite..

Tahniah ler kepada penulis..aku memang jatuh suka dengan novel nie..sebab novel nie memang lain dari lain..aku terasa macam aku adalah apy.. dan kalu ada orang macam alex tue memang aku sekeh jer kepala dia..berlagak sangat..tapi bile lama2 baca macam sweet jugak si alex nie walau pun banyak scene alex rasa macam nak lempang jer laju2 kat si alex nie..
Walaupun buku nie kisah bola keranjang tapi dr novel nie aku dapat penghayatan yang lebih..sebab ada kelakar..ada jugak suspen buat kita tak boleh nak letak novel nie..kalu nak tahu baca lah novel nie..memang aku akan rekomen ler pada siapa yang nak cari novel utk di baca..

Sebelom aku baca novel nie..actually novel nie dh setahun duk bertapa kat rak buku aku..sebab menunggu turn nak baca..tapi aku menghabiskan bacaan novel nie dalam masa dua hari jer. Mula2 aku sangka kan hikayat cinta adalah cerita cinta..rupa-rupanya hikayat cinta tue adalah buku yang boleh jer beli kat kedai utk dibuat catatan oleh apy dalam hidup dia...sabo jelah..kalu nak tau kena ler beli buku nie..sebab aku tak suka review lebih2 hilang mood nak baca nanti..hehehehe..so beli jangan tak beli...hehehhee BEST.

Antara scene-scene yang lawak dalam novel nie:

1. Masa apy rasa jantung dia berdegup laju disebabkan berjumpa dengan alex..sebab punyer lah sengal dia pergi jumpe doktor sebab takut ada penyakit sakit jantung...adoiii apy..ko buat den nak gelak terguling-guling..
2.Masa daniel tak lagi supply kat apy buku hikayat cinta yang kat kedai pun boleh dapat..tapi sebab si apy teramat ler sengal dan setia dia nak jugak buku hikayat cinta tue..smapai masuk hospital sebab tak lalu makan..tak boleh tidur..adoiii apy..masa scene aku tergelak2 sampai anak aku ngan husband pun mcm pelik..asal ibu tue...

Antara Scene yang suspen:

1. Siapa melissa?
2. Siapa joker?
3. Siapa Adnan..?
4. Siapa? siapa? dan siapa?..bacalah sendiri..hehehehee

actually banyak lagi scene2 kelakar..korang kena lah baca sendiri..sebab buku nie tak rugi beli..dan ketegori tak boleh letak ler kalu dah start baca..

BIntang: 10/10 bintang (jatuh cinta)



Thursday, 13 December 2012

SEPI TANPA CINTA

Sinopsis
HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...

Coretan aku...
Novel ini mmg best..aku mmg syorkan ler kat sape yang belum baca..actually novel nie dh lama..tp aku br nak baca..berapa ketinggalan nye aku waktu tue...tak salah aku cetakkan pertama nya pada tahun 2004..waktu tu aku masih belajar..dan waktu tue mmg ler tak ader duit nak beli novel..hehehe..apa-apa pun novel nie berjaya aku habiskan satu hari saja dan memang kategori tak boleh letak lah kalu dah start baca..so kalu nak baca pastikan dulu keje rumah dibereskan dulu kalu tak mengamuk ler cik abang sayang..Tahniah DAMYA HANNA..karya yang hebat selepas bicara hati..